30.8.07

Jawapan rumusan 'langkah menangani vandalisme'

Soalan 1 : Rumusan (30 markah)

Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha untuk menangani vandalisme yang semakin berleluasa.

Isi tersurat (usaha-usaha menangani masalah vandalisme)
S1 Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam.
S2 Pihak sekolah harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang kepentingan menjaga harta benda awam.
S3 Konsep “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula (supaya para remaja sedar akan peranan mereka sebagai pembela bangsa pada masa hadapan).
S4 Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme di kawasan mereka.
S5 Tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap mereka yang terlibat.
S6 Pihak berkuasa perlu meronda tempat-tempat tumpuan remaja.
S7 Pesalah vandalisme wajar didenda melakukan kerja kemasyarakatan.
S8 Agensi-agensi kerajaan hendaklah mengadakan program tindakan bersama.

Isi tersirat (keburukan vandalisme)
T1 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membaiki kerosakan harta awam.
T2 Masyarakat akan menghadapi masalah menggunakan kemudahan awam pada masa kecemasan.
T3 Imej negara tercemar di kalangan pelancong asing.

Kesimpulan
Kesimpulannya masalah vandalisme wajar dibanteras supaya masyarakat yang bertanggungjawab dan mengutamakan kepentingan umum dapat dilahirkan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah)
i. -menimbulkan/ mewujudkan bermacam-macam kerumitan/ masalah/ kesusahan/ akibat/ kesan negatif

ii. -menimbulkan keinsafan
-memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian
-menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan harta awam

iii. -media massa mengadakan/ memperbanyak kempen yang menjurus kepada pembentukan komuniti yang prihatin
-ibu bapa menerapkan nilai-nilai kasih sayang kepada anak-anak sejak kecil
-guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai murni di dalam kelas melalui pengajaran dan pembelajaran
-masyarakat perlu sedar akan keperluan mengambil berat terhadap kebajikan jiran tetangga