23.11.20

Jawapan rumusan kesan telefon pintar dalam kalangan murid

Jawapan:
 

Soalan 1 – Rumusan

Pendahuluan
Rumusan membincangkan akibat/ natijah/ implikasi/ impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak.

Petikan membincangkan akibat/ natijah/ implikasi/ impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan punca murid ingin memiliki telefon pintar.

Petikan membincangkan akibat/ natijah/ implikasi/ impak penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dengan bebas/ tanpa kawalan/ di negara ini.

Isi Tersurat (kesan penggunaan telefon pintar)
i.   Murid mudah leka dengan peranti masing-masing.
ii.  Perubahan ketara berlaku terhadap tingkah laku mereka.
iii. Murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa.
iv.  Murid mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.
v.   Murid hilang fokus semasa di dalam kelas.
vi. Murid bermain telefon di dalam kelas hingga mengganggu sesi pembelajaran.
vii. Murid mudah menerima dan mempercayai maklumat yang belum tentu kesahihannya.
viii Keruntuhan akhlak yang serius berlaku dalam kalangan murid.

Isi Tersirat (peranan ibu bapa)
-tidak memberi hadiah / ganjaran telefon pintar kepada anak-anak / tidak memberikan wang untuk membeli telefon pintar
-menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar kepada anak-anak
-mengehadkan/ memantau penggunaan telefon pintar
-menggunakan telefon secara bersama/ berkongsi
-melarang anak-anak tidak membawa telefon ke sekolah

Kesimpulan
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid mesti dipantau supaya pembinaan sahsiah mereka tidak terjejas.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) -penerokaan/ penyelidikan/ pengkajian informasi/ keterangan

(ii) (jawapan ada dalam petikan)
-terpengaruh dengan perubahan persekitaran/ yang berlaku di sekeliling mereka
-dipengaruhi oleh rakan-rakan
-telefon dilengkapi kemudahan multimedia

(iii) (KBKK / pendapat sendiri)
-kerajaan mengadakan kempen penggunaan telefon pintar secara berhemah
-sekolah/ guru memberikan penerangan/ ceramah pendidikan aplikasi perisian telefon pintar
-media massa menyiarkan iklan/ mengedarkan risalah cara menggunakan telefon pintar dengan berhemah
-media massa menyiarkan dokumentari/ rencana tentang keburukan penyalahgunaan telefon pintar
-pertubuhan bukan kerajaan/ NGO mengadakan program/ kursus penggunaan telefon pintar secara proaktif