9.8.21

K2 : S8 - Novel - Peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan (novel Bimasakti Menari)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. [6 markah]

Jawapan:
 
               Novel yang saya pelajari ialah Bimasakti Menari.

             Antara peristiwa yang boleh dijadikan panduan dalam novel ini ialah apabila Budiman menemani Nurul Hafsa semasa bertemu dengan Muhammad Taufik di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor. Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita supaya menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dengan menemani adik perempuan bagi menjaga tatatertib perhubungan antara seorang gadis dengan lelaki bukan mahram dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah terhadap mereka.

             Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan panduan ialah apabila Haji Yassir menadah air hujan di dalam tempayan untuk kegunaan menyiram pokok, walaupun di rumahnya ada bekalan air paip. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan kepada kita agar sentiasa berjimat cermat dalam urusan harian dan tidak membazir.